Thursday, December 18, 2014

Batik Sutera Terengganu :)


Kami membekalkan Batik Sutera Crepe Eksklusif Terengganu.
Harga : 
Rm 280 FREE POSTAGE for Gardys
Rm 170 FREE POSTAGE for Jejaka
To purchase : text/whtsap 0148155857( No Call )










Thursday, February 10, 2011

Cinta Sampai Ke Syurga

Setelah 34 tahun hidup membujang...akhirnya Reesya dilamar...'Adakah ini penantian yang membawanya kepada realiti kehidupan? Apakah ini detik permulaan sebuah kebahagiaan? Dia termenung di jendela memikirkan nasib kehidupan yang bakal dilaluinya... Adakah dia akan bahagia menjalani kehidupan bersama seorang duda anak 2?... Tidak dinafikan lelaki itu seorang yang berhati mulia, bertanggungjawab dan paras rupa yang menarik. Ilmu agama masih terjaga dan diamalkan. Ciri-ciri untuk dijadikan suami sudah cukup sempurna.

"Mampukah aku bertahan membujang sampai bila-bila sedangkan adik-adikku sudah berkahwin malahan beranak-pinak... kebahagiaan yang hanya boleh dilihat dari pandangan mata tidak boleh dirasa dari hati yang dalam...", Reesya buntu memikirkan itu. Dia terlalu mengejar kerjaya hinggakan tiada masa untuk berfikir tentang masa depan untuk membina masjid menggapai kebahagiaan berkeluarga. Apa lagi untuk mendapatkan zuriat, jauh sekali... Siapa yang tidak mahu mempunyai keluarga sendiri...mempunyai anak yang lahir dari rahim sendiri... Setiap wanita ingin belaian manja seorang suami...ingin seseorang yang boleh menjaga makan minum serta mendidiknya ke jalan Allah...

"Apa yang difikirkan lagi Kak Reesya? untonglah ada orang meminang akak... tengok Kak Idah, saudara mak tu...sampai sekarang tak kahwin-kahwin...umur pun dah 42 akak...Anak dara tua dah pon, bujang sampai sekarang... sebab memilih sangat dulu..kita ni jangan jual mahal sangat la.. nak kata lawa tak jugak tapi taste tinggi..tak padan ngan orang...tu la akibatnya..Rina bukan pe cuma tak nak akak jadi camtu..Rina sayang akak..", kata Rina sambil memandang serius kakaknya.

"Akak bukan apa Rina, akak takut benda ni sementara je...akak  tak bersedia lagi la...akak tak mengenali dia sepenuhnya...Boleh ke kita percaya pada cinta selepas kahwin?", balas Reesya penuh persoalan bermain di fikirannya... 

"Akak, akak xingat ke mak pernah cerita pasal mak ngan abah zaman-zaman muda dulu...diorang kahwin atas keinginan keluarga bukannya cinta...cinta mereka berputik selepas kahwin, cinta mereka sampai ke syurga akak..." Rina mengenang kembali kenangan bersama arwah mak lalu memeluk erat kakaknya yang sebak sejurus mendengar kata-katanya. "Rina yakin kak...Naufal lelaki yang baik...Rina pasti akak akan bahagia hidup bersama dia..", Rina cuba meyakinkan kakaknya.

Reesya hanya ada masa 3 hari lagi memberi kata putus...adakah dia sudi menerima Naufal sebagai teman hidupnya...atau dia ingin kehidupannya sekarang berterusan sampai bila-bila... 

Hari-hari berlalu tanpa disedari, esok merupakan titik noktah untuk kamus kehidupannya... Dia perlu memikirkan yang terbaik untuk diri dan juga orang sekelilingnya yang ingin melihat dia bahagia. Setelah berfikir panjang, Reesya mengambil keputusan untuk menerima Naufal walaupun sebenarnya di hatinya sedikit pun tidak terlintas perasaan sayang apa lagi untuk mencintai lelaki yang bernama Naufal...

"Rina...tengok kat depan tu siapa yang datang?? akak dengar macam bunyi kereta je"... tegas Reesya kepada adiknya..."Assalamualaikum..."Naufal memberi salam tanda hormat setiap kali bertandang ke rumah orang..."Eh..abang...Rina ingatkan siapa... Jemputlah naik.. Jap ye, Rina panggilkan akak ada kat dapur...

"Akak, abang Naufal datang la...mak Limah pun ada sekali"...kata Rina sejurus tiba di dapur... Memandang air teh yang baru sahaja dibikin, Reesya meminta Rina membawanya ke depan untuk hidangan tetamu...

"Mak Limah apa khabar? Sihat?", tanya Reesya..."Camni la Reesya...,"balas Mak Limah... mereka berborak panjang tanpa menghiraukan Naufal yang hanya duduk bingung melihat perbualan mereka berdua... "Ehem2...", suara Naufal membuat mereka terdiam...Mak Limah seperti memahami isyarat daripada Naufal.. Tujuan kedatangan mereka adalah untuk mendapatkan kepastian bukannya cuma datang melawat. 

Setelah mendengar jawapan Reesya, Naufal tersenyum sampai ke telinga seolah-olah mendapat durian runtuh...Tidak sia-sia mereka datang dari jauh... Kalau ikutkan, Naufal tidak seberani itu kerana sudah lama tidak bersua setelah pindah ke Sungai Petani... Dulu mereka tinggal di Jitra sekampung dengan Reesya.. Mak Limah telah lama mengenali keluarga Reesya bahkan menganggap Reesya seperti anak sendiri...

Setelah beberapa bulan...

Mereka sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz di rumah pengantin perempuan, Jitra, Kedah... Bermula lah kehidupan berumah tangga... maka halal lah hubungan mereka sebagai suami isteri... Naufal yang kematian isteri sejak lima tahun dahulu hanya tinggal bersama ibu,adik lelaki serta dua orang anak kembarnya. Keperitan membesarkan anak-anak tanpa belaian seorang ibu  menyedarkan Naufal untuk mencari pengganti yang mana boleh anak-anaknya menumpang kasih seorang ibu.

Kehidupan sehari-hari bersama berjaya memupuk kasih dan sayang terhadap suaminya...Reesya mula mencintai Naufal...Inilah bukti cinta yang sejati selepas kahwin...Cinta boleh dipupuk...Cinta sukar ditukar ganti... Mereka bahagia menjalani kehidupan...sedar tidak sedar Reesya mengandung anak pertama...
Naufal lah orang paling gembira...Kandungan  Reesya kini telah masuk 5bulan, namun mereka telah melakukan persiapan seperti esok menyambut kelahiran bayi itu. Segala perkakas keperluan bayi sudah lengkap disediakan bukti kesungguhan menyambut kelahiran anak sulung bukti hangatnya cinta mereka. Sehangat api membara.

"Reesya, abang terpaksa tinggalkan Reesya untuk 4 hari ini...Ilyana ngan Ilhana jaga mama okey?, papa terpaksa kerja sayang..." kata Naufal kepada isteri dan anak-anaknya kesayangannya. 

Sebagai seorang isteri, Reesya bertanggungjawab memastikan keperluan suaminya...mereka sama-sama mengemas barang yang perlu dibawa Naufal...
"Esok abang pergi, sayang jaga anak-anak kita ye..kalau ada pape..sayang call abang taw...tak pon esok abang mitak tolong Acu hantar mak jaga Reesya kat sini... Abang risau la tengok Reesya tengah sarat2 cam ni nak kene wat kerja rumah lagi...jaga anak lagi...Sayang jangan wat kerja berat sangat taw...Anak kita dah menghitung hari je ni...bila-bila pon dah boleh keluar", pesan Naufal kepada isteri tersayang sambil mengucup kening isterinya...

Berat hatinya ingin meninggal isteri walaupun hanya seketika kerana memikirkan keadaan isterinya yang tengah sarat mengandung...

"Dah dua ari abang pergi...Reesya rindu abang,.,hati kecilnya berbisik...Dia terus mencapai telefon bimbitnya..
sejak semalam dia cuba menghubungi Naufal namun tiada jawapan...Mungkin dia terlalu sibuk dan penat hingga tidak sempat menelefon aku...Kali terakhir mendengar suara suaminya adalah masa suaminya sampai di tempat berkursus...Dia cuba menelefon Naufal... Setelah beberapa kali, akhirnya Naufal mengangkat...

"Ye sayang...kenape?...Reesya terus tersenyum gembira setelah mendengar suara insan tercinta...

"Abang bila nak balik??..Naufal terus menjawab..Esok lusa abang balik ye sayang...urusan selesai terus abang balik...abang janji..Sebenarnya Naufal ingin membuat kejutan buat isterinya, kerjanya telah selesai lebih awal...dia sebenarnya dalam perjalanan pulang...Dia sempat singgah sebentar di tepi jalan membeli hadiah buat isteri serta anak-anaknya...Hanya perasaan gembira dan teruja ada dalam diri Naufal...dibaluti rasa rindu yang menebal pada keluarga terutama isteri tercinta...Dua hari umpama dua tahun tidak bersua muka...

DEBBBBUUUUMMMMM!!!!

Reesya tersentak mendengar bunyi itu...bunyi kuat datang dari dalam telefon.. "Abbbbbbaaaannnggggg....abbbbaaaangggg....dia memanggil2 suami namun tiada balasan...perutnya tiba-tiba terasa sakit yang teramat sangat,,,darah mula mengalir di kakinya...dia menjerit kesakitan meminta tolong... mata yang semakin kabur akhirnya dia pengsan tidak sedarkan diri...nasiblah ibu mentuanya ada di rumah...
Reesya segera dibawa ke hospital...Dia selamat melahirkan anak lelaki setelah beberapa jam di bilik bersalin...

Sejurus itu dia sedar, Reesya memanggil2 nama Naufal tidak berhenti2...Jururawat membawa bayi kepadanya..Reesya menangis teresak-esak sambil merangkul anaknya lalu mencium anaknya...Mak Limah masih setia menemani Reesya di dalam bilik bersalin...Mak Limah juga menangis mengenangkan nasib malang menimpa keluarganya..
"Mak, abang Naufal mane???...Mak Limah bisu seperti batu...Dia tidak ingin Reesya tahu...
Naufal pergi buat selamanya..."Naufal kemalangan, Reesya..andai kau kuat Reesya...Mak xsanggup mengucap itu pada kau...Reesya terus mempersoalkan itu..."Naufal ada, nanti dia sampai Reesya...Reesya berehat la dulu...",Mak Limah terus bergegas keluar kerana tidak sanggup melihat Reesya seperti itu...

Mak Limah bermonolog.."Bagaimana caranya, Ya Allah....aku tahu Reesya tidak kuat menerima semua ini... Tunjukkan aku jalan terbaik Ya Allah..."Naufal, mak mintak maaf nak....Mak tipu bini kau nakkk...Mak xsanggup hadapi semua ni....Mak xnak tengok Reesya menderita saat kelahiran anakmu...Ya Allah, laraskan hatiku menerima ketentuan kehendakMu ini Ya Allah....Aku buntu...aku xkuat...", Mak Limah berduduk ke lantai menangis mengenangkan yang terjadi..

"Aku harus berterus terang kerana pengebumian arwah terpaksa di jalankan ari ini...aku mesti kuat...Kau mesti kuat, Mah....Mak Limah mengagahkan diri melangkah masuk ke bilik bersalin...Saat Mak Limah memulas tombol, Reesya membuka mata terus bertanyakan suaminya...Mak Limah memberitahu hal sebenarnya dan meminta ampun dan maaf kepada menantunya kerana merahsiakan itu...Reesya meraung2 menangis sehinggakan sesak nafas..tambahan pula dengan keadaannya yang masih lagi lemah. Mak Limah terkejut melihat keadaan Reesya,,,dia segera memanggil doktor...
Mak Limah terpaksa menunggu di luar..

Setelah beberapa jam, doktor keluar... Mak Limah serta adik Naufal meluru ke arah doktor untuk mendapatkan berita...Doktor menggeleng kepala..."Maafkan saya makcik", anak anda tak dapat diselamatkan...

"Acu, Reesya dah xde,,,Reesya pergi jauh,,,Reesya ikut Naufal...Mak Limah pengsan selepas melafazkan kata-kata itu...

Kedua-dua pasangan suami isteri meninggal pada hari yang sama...tarikh di mana lahirnya anak sulung mereka dilahirkan...Pemergian seseorang diganti dengan kelahiran...Perginya mereka jangan ditangisi malah perlu diredhai...

Cinta sejati sampai ke syurga...Cinta Ilahi tetap abadi...Cinta ibu tetap di sisi...

Kini, ketiga2 anak mereka dibesarkan oleh Mak Limah, neneknya bersama bapa saudara kandung...Begitulah rentetan cerita cinta sampai ke syurga...

Kebahagiaan di dunia hanya sementara namun ia kekal abadi di akhirat sana...

Nurkilan : 
Syafiqah  Syuhada Mustafa
10 Feb 2011