Monday, June 18, 2012

Cara Penggunaan SF Beauty :)


Jom ketahui cara penggunaan SF BEAUTY :)

PENGGUNA BARU!!! adalah penting  anda memahami dan mengetahui cara betul pemakaian produk SF BEAUTY untuk mendapat hasil yang diinginkan serta berbaloi dengan pengeluaran wang membeli produk ini.


1. Pastikan ada memilih set yang sesuai dengan masalah kulit anda 
Set Vitamin C: untuk kulit sensitif/jerawat, banyak parut atau terlalu berminyak
Set Vitamin E: untuk kulit normal, gelap, kusam, tona tidak sekata, berjeragat
Asas penggunaan:- Cuci muka dengan sabun 2 kali sehari, gunakan krim malam pada malam hari dan gunakan krim siang pada siang hari.


2. Krim pekat dan agak melekit. Di awal penggunaan, sapu krim pada muka yang tidak terlalu kering atau tidak terlalu basah iaitu sedikit lembap agar krim mudah disapu. Ia biasanya di alami oleh mereka yang berkulit kusam, kering atau berjerawat. Bagi mereka yang sudah memiliki kulit wajah licin bersih, sapuan krim sangat mudah. Cukup dengan sapuan krim nipis sahaja sudah memadai.Produk Sf Beauty tidak mengandungi hidroquinon yang menipiskan kulit muka, merah/memeritkan kulit muka namun tidak disarankan pada mereka yang memiliki kulit sangat sensitif dan alah pada bahan kosmetik. Ia membersih dan merawat secara lembut dan semulajadi. Kebanyakan pengguna yang memiliki kulit kusam dan kurang penjagaan wajah sebelum ini akan mendapati kulit mereka mengalami sedikit penggelupasan halus pada minggu 1-2. Ini disebabkan lapisan sel2 kulit mati di permukaan kulit tertanggal, proses penggantian sel2 baru berlaku bagi menghasilkan kulit yang lebih bersih, cerah dan licin sekata.Jika di awal penggunaan muka terasa pedih, hentikan penggunaan krim malam tetapi teruskan dengan krim siang dan sabun. Selepas 2-3 hari baru gunakan semula krim malam.Antara kesan awal yang lain ialah rasa gatal di tempat yang bermasalah dan pengeluaran minyak berlebihan untuk beberapa hari sahaja. Kemudian keadaan kulit kembali normal, lembab semulajadi, halus dan anjal beransur-ansur.

3. Berapa lama untuk melihat hasilnya?
Selain masalah kulit individu, faktor-faktor lain juga turut menyumbang kepada cepat atau lambatnya produk ini berkesan kepada kulit anda seperti persekitaran (tempat kerja, tekanan), usia (remaja lebih cepat kerana metabolisme tinggi, sel-sel kulit aktif menyerap khasiat produk) dan pemakanan (pengambilan kolagen misalnya membantu kulit lebih sihat dari dalam). Kebiasaannya kesan awal sudah dapat dilihat dalam tempoh 2-3 minggu pertama. Jerawat berkurangan, kulit lebih segar, pori2 mengecil, cerah dan terasa lembab semulajadi.Selepas penggunaan selama 4-6 minggu, parut jerawat kian pudar, jeragat mula hilang, garis2 halus berkurangan, kulit lebih anjal dan mulus.

Wajah bebas dari sebarang cela dan masalah selepas penggunaan 2-3 bulan.

4 comments:

asberry said...

salam . saya efaa . saya ada dua soalan,

yang pertama:

saya bru nk cuba produk sf ni . saya mmpunyai msalah seperti : jerawat , kulit brminyak dan mmpunyai parut jerawat.
jadi saya perlu memakai set vitamin C kan ??

YANG KEDUA :

jika saya sudah mmgunakan set vitamin C ini dan trnyata ia sesuai dgn msalah kulit yg saya alami . malah kulit saya bebas dri masalah yg saya alami sebelum ini .tetapi saya ingin menukar ke set vitamin E .
adakah saya perlu meneruskan smpai bila2 dgn set vitamin E atau saya boleh menukar ke set vitamin C selepas kulit saya bebas dri masalah sebelum ini ??

Syafiqah Syuhada Mustafa said...

wsalam efaa.
-aah kamu guna vit c.
-sebenarnya beza vit c ngn e adalah sbb kulit yg berbeza sama ada normal atau sensitif. yg tugas mmbaiki kulit lebih kepada krim malam. krim siang bertindak melindungi UV. pm me ika 0136377368 0r 0142166418

sha said...

nak tnyer...produk nie memang tak ader toner yer..

Anonymous said...

Salam saya ada satu pertanyaan, saya baru tiga hari memakai produk ini. Saya dapati muka saya naik jerawat. Adakah itu salah satu kesan awal bagi penggunaan produk ini? Terima Kasih :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...